Monday, 22 February 2016

Kenapa kita nak amalkan makan madu??

Kenapa nak amalkan madu dalam kehidupan seharian kita?

Madu antara salah satu kumpulan makanan berkhasiat yang saya kategorikan dalam kumpulan herba MAGIC POWER untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja bayi (yang berumur 10 bulan ke atas) sehingga orang tua boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Tak ade kesan sampingan malah bagi lebih sihat kepada orang yang amalkan…

Jom kita lihat kenapa madu merupakan HERBA MAGIC POWER untuk kita…

Bagi Muslim, kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Allah telah memberitahu kita dalam Al-Quran, surah An-NAhl ayat 68 dan 69.

Surah An-Nahl:

Ayat 68:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-banguna yang didirikan oleh manusia”

Ayat 69:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Subhanallah…. betapa hebatnya kuasa Allah dalam  merencanakan kehidupan kita.

Dalam ayat 68-69 daripada surah An-Nahl ini Allah memberitahu kita secara jelas betapa POWER dan MAGIC madu dalam penjadi penawar dari pelbagai jenis penyakit.

 Jom kita tengok apa yang saintis kita dapat daripada kajian makmal.… Artikel yang diterbitkan oleh saintis Malaysia sendiri…

 Berdasarkan artikel Chua dan rakan-rakan (2012), kajian menunjukkan madu kaya dengan sumber mineral seperti potassium, sodium, magnesium, ferum, zink dan lain-lain. Dan yang menarik perhatian saya, mineral selenium turut hadir dalam madu Tualang… kenapa???

Selenium sangat bagus bukan sahaja untuk sistem imun manusia, malah sebagai sumber untuk penghasilan antioksida dalam tubuh badan manusia. Antioksida sangat POWER untuk tubuh badan kita bagi mengelakkan oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas yang akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang tidak baik untuk kita…

Dan, kajian yang dilaporkan oleh Kishore dan rakan-rakan (2011) menunjukkan bahawa madu tualang kaya dengan antioksida seperti kumpulan fenolik.

Sumber:

Chua LS, Abdul-Rahaman N, Sarmidi MR, Aziz R (2012) Multi-elemental composition and physical properties of honey samples from Malaysia. Food Chemistry 880-887

Kishore RK, Halim AS, Syazana MSN, Sirajudeen (2011) Tualang honey has higher phenolic content and greater radical scavenging activity compared with other honey sources. Nutrition Research 322-325


Jom dapatkan  madu tualang original, hubungi/ whatsapp 0132066143 (Kamilah)